Azalina taja Utusan Malaysia

29 Jun – Ahli Parlimen Pengerang Dato’Seri Azalina Othman Said hari ini menyampaikan tajaan akhbar Utusan Malaysia bernilai RM15,000 untuk diagihkan kepada 23 buah sekolah rendah di kawasan parlimen berkenaan.

Sekolah-sekolah terbabit bakal menerima 25 naskhah Utusan Malaysia secara percuma setiap Isnin mulai 30 Jun ini.

Majlis penyampaian tajaan tersebut disempurnakan Azalina di Desaru di sini manakala Kumpulan Utusan diwakili Pengurus Jabatan Pemasaran, Mohd Basir Abdul Rahim.

Menurut Azalina yang juga Menteri Pelancongan, pelbagai pengetahuan semasa dapat diperoleh menerusi pembacaan akhbar apabila amalan tersebut sewajarnya dimulakan pada usia yang muda.

“Semangat membaca perlu ditanam kepada anak-anak dalam usia yang muda supaya amlan ini berterusan.

“Lagipun, Utusan Malaysia banyak menampilkan ruangan pendidikan bagi para pelajar di samping menyajikan pengetahuan am,” katanya.

Menurutnya, walaupun perkembangan dunia teknologi komunikasi maklumat (ICT) membolehkan maklumat disampaikan lebih pantas dan interaktif namun beliau bimbang tumpuan yang diberikan bukan kepada makumat yang bermanfaat.

“Akhbar sebenarnya banyak membantu membentuk semangat patriotisme dan tanpanya adalah dikhuatiri generasi zaman sekarang akan hilang kepekaan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Azalina turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan murid-murid serta para guru dari sekolah-sekolah di Parlimen Pengerang.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Datuk Idros Mohd. Serta Pengarah Tourism Malaysia Negeri Johor, Noridah Kamarudin.

Di petik dari Utusan Malaysia

Untuk ke Galeri Gambar - Sila Klik

Share This Post

    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply