Pantai Pengerang Kembali Di cemar
26 Jun- Penecemaran yang di lakukan oleh kapal-kapal besar yang melalui perairan negara seharusnya di pandang serius oleh semua pihak. Di laporkan kapal-kapal yang berlabuh di Singapura ini sering membuang sisa-sisa minyak di lautan antarabangsa akhirnya menyebabkan pantai-pantai di sekitar Pengerang menerima pencemaran.
Sama ada secara sedar atau tidak, perairan negara khususnya di Pengerang saban hari di penuhi dengan sisa-sisa minyak yang sering menyukarkan penduduk sekitar terutamanya golongan nelayan.
Salah seorang penduduk yang enggan di kenali berkata, beliau amat berharap akan ada pihak yang bertangungjawab memantau dan menyelesaikan perkara ini.
“Sebagai seorang nelayan punca pundapatan kami hanyalah kepada sumber laut, tapi kalau laut telah di cemari dengan minyak, bagaimana kami ingin meneruskan kehidupan”.
“Setiap kali jaring yang di gunakan terkena dengan tumpahan dan sisa minyak, kami terpaksa membeli jaring yang baru. Kalau tidak, maka akan berkuranglah hasil tangkapan” ujarnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, penduduk kampung juga sering merungut kerana apabila angin bertuip, udara yang di hidu sering bercampur dengan bau minyak yang kuat. Adalah di khuatiri ia akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti penyakit dan sebagainya.

Selain pantai yang tercemar, hidupan laut juga banyak yang mati, hasil dari perbuatan ini. Tumpahan dan pembuangan sisa minyak ini, di lihat semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Di negara ini, langkah mewujudkan Taman Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta Perikanan 1985 dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut.
Namun persoalannya, sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan pelbagai peraturan dan undang-undang bagi mencapai objektif sebenar memulihara semula laut? Adakah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Taman Laut, Jabatan Kastam, Majlis-Majlis Perbandaran, Polis Marin dan lain-lain bekerjasama mengurus dan mengekalkan keaslian laut secara tegas dan lestari?
Kakitangan, jabatan laut ketika di hubungi mengatakan, pihak mereka tidak dapat mengambil apa-apa tindakan terdapat perkara ini. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini dilaporkan melakukan aktiviti pembuangan itu di perairan antarabangsa, oleh itu tiada tindakan yang dapat di ambil.




































July 10th, 2008 at 3:41 am
pemantauan di laut y kerap dpt mgurangkan pbuangan sisa minyak y di lakukan oleh kapal2 y melabuh di saingapore.so pihak berwajip perlu memandang serius mslh y di alami penduduk.jgn hanya pandai bkata2 nmnabur janji manis thdp rakyat.hargai setiap undi rakyat & jgn slhkn rakyat jika kpercayaan mrk hilang……….