Siswa dan Siswi KUITHO Berkampung di Felda

21 Jun - Satu majlis penutup ‘Program Anak Angkat Siswa dan Siswi Kolej Universiti Tun Hussien Onn (KUITHO) telah diadakan di Dewan Mesra Kg. Felda Air Tawar 5. Majlis penutup tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Mohamed Khaled Nordin.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu turut di hadiri oleh ADUN Penawar, YB Pn. Hamima Mansor dan kepimpinan kampung Air Tawar 5.

Porgram pada hari tersebut turut mendapat kerjasama dari pihak polis, JPA dan kolej komuniti. Beberapa gerai juga di buka untuk kunjungan orang ramai. Tidak ketinggalan gerai derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma tutut di berikan kepada penduduk kampung.

Khaled Nordin juga turut bermurah hati dengan menyumbangkan 5 unit komputer pada persatuan dan pertubuhan kampung serta 10,000 ribu unit buku pada perpustakaan desa Felda Air Tawar 5.

Program anak angkat yang dilancarkan pada 17 yang lalu itu merupakan program pendidikan, kebudayaan dan khidmat masyarakat. Antara lainya program yang dijalankan ini adalah untuk mendedahkan generasi muda mempelajari nilai-nilai murni di dalam masyarakat serta menerapkan budi bahasa dan adap ketimuran.

Seramai 70 orang pelajar dari KUITHO telah mengambil bahagian sebagai anak angkat kepada para penduduk kampung.

Khaled Nordin semasa menyampaikan ucapanya, menegaskan peri pentingnya generasi muda mengekalkan budaya ketimuran sebagai benteng sebelum menempuh alam pekerjaan.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

One Response to “Siswa dan Siswi KUITHO Berkampung di Felda”

  1. comment  anak johor lama Says:

    pandai betul dato aza bawa menteri 2 ke parlimennya..

    dato albab…
    hampeh… maner ad nk bawa…
    PEMALAS PENYA MENTERI…

Leave a Reply