Mohd P157 di lahirkan dalam keadaan cemas
22 Jun - Bertempat di Kampung Baru, Kuala Papan Semencu, satu lawatan telah di buat ke rumah Razak Atan oleh kakitangan pejabat Parlimen Pengerang untuk meninjau masalah dan kesulitan yang di hadapi oleh keluarga beliau. Lawatan yang di lakukan itu adalah hasil dari laporan yang di terima semasa kakitangan khidmat bergerak melakukan rondaan di dalam kawasan kampung.
Ketika sedang mengambil dan meneliti masalah tersebut, menantu kepada Razak yang sedang sarat dan menunggu hari tiba-tiba menerima tanda-tanda untuk melahirkan anaknya.
Di dalam saat kecemasan itu, Pegawai Khas kepada YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Syed Ben Bella, telah menawarkan bantuan kepada keluarga tersebut untuk menghantarkan menantunya ke hospital, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini dari berlaku.
Ini kerana jarak dari rumah pesakit ke hospital adalah jauh. Tambahan pula, pesakit tidak mempunyai sebarang pengangkutan yang boleh di gunakan.
Dengan mengunakan van khidmat bergerak, pesakit telah di hantar ke hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan. Memandangkan penempatan Razak jauh terpencil, van khidmat bergerak terpaksa menempuh jalan yang sukar di tambah pula keadaan jalan yang berlumpur akibat hujan lebat di sebelah siangnya.
Tidak sampai 10 minit tiba di hospital, pesakit yang di kenali sebagai Juwita telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Sebagai melahirkan tanda terima kasih yang tidak terhingga, Razak telah menghubungi pejabat parlimen dan memaklumkan hasrat hatinya untuk menamakan cucunya dengan nama Mohd P157 bin Kundur.
Namun begitu, kakitangan pejabat parlimen telah menasihatkan Razak untuk memberikan nama yang lain kepada cucunya. Hasil nasihat itu, bayi comel itu telah dinamakan Mohd Habshee bin Kundur.




































June 26th, 2008 at 7:08 am
sekali baca macam dan lawak giler..
dua kali baca, sungguh terpegun melihat kakitangan pej ap p157 berkhidmat bg pihak ap p157 dgn dedikasi..
x mcm pej ap 156, hampeh..
turun padang pun malas
orang tua dtg, tolak2 jer kes…
tahniah dato aza…
August 23rd, 2008 at 8:04 pm
Saya percaya setiap ahli parlimen, mempunyai cara dan kaedah mereka tersendiri untuk membantu dan menolong rakyat.
Mungkin benar AP 156 jarang turun padang, tetapi janganlah terlalu cepat untuk terlupa semua jasa dan pengorbanan yang pernah diberikan sebelum ini. Saya pasti dan yakin, sepanjang perkhidmatan beliau pelbagai kemudahan, bantuan dan peruntukkan telah disalurkan.
Jangan terlalu cepat melatah dan membuatkan keputusan.