Sebana Resort Mula Menjadi Tumpuan Pelancong
7 Jun – Buat pertama kalinya di dalam sejarah, Sebana Golf and Marina Resort (Sebana) mula menjadi pilihan dan tumpuan untuk para pengemar kapal layar terutamanya dari Australia.
Hasil dari promosi yang berterusan, pelayar dari Australia mula mengenali dan telah menjadikan Sebana sebagai perhentian wajib sebelum mereka ke Sabah dan Sarawak.
Buat permulaan sebanyak 13 kapal layar dari Australia telah berhenti seketika untuk menikmati panorama yang indah di kawasan sekitarnya.
Para pengunjung itu turut berpeluang untuk menikmati makanan ‘ala melayu’ dan mengenakan pakaian dari kain pelekat dan batik.
Ia bertujuan untuk memperkenalkan mereka dengan budaya masyarakat Melayu yang penuh dengan adap sopan ketimuran.
Pengunjung yang sempat di temui berkata budaya masyarakat Melayu yang ditunjukkan oleh penganjur begitu unik dan amat menarik.
Mereka turut memuji keenakkan kuih-muih dan buah-buahan tempatan yang disajikan.
Menurut mereka lagi, adalah tidak mustahil Sebana bakal menjadi salah satu perhentian untuk pengemar kapal layar dari seluruh dunia.
Untuk melihat gambar - Sila Klik




































June 23rd, 2008 at 5:59 am
Assalamualaikum…
Sektor pelancongan bukan sahaja telah mendapat perhatian besar kerajaan dan swasta yang terlibat, malah felda juga turut mengikut arus pemikiran kerajaan khasnya di beberapa rancangan. Walaupun tumpuan pelancongan di Felda baru berkembang berbanding agensi lain di malaysia, agenda baru ini membuktikan bahawa pengurusan Felda dan seluruh warganya semakin sedar mengenai peranan penting yang boleh dimainkan oleh sektor pelancongan dalam meningkatkan pendapatan sampingan peneroka serta sumbangannya dalam aktiviti ekonomi felda
Harus lah di ingat bahawa untuk meruntuhkan dan memusnahkan sesuatu adalah lebih mudah dari membangunkannya, Oleh itu kita mesti ada fikiran besar untuk membangunkannya. Oleh itu kita mesti ada fikiran besar untuk pembangunan yang berkualiti, disampung itu musnahkan soal remeh temeh yang merugikan kita semua. Sekian.. wassalam
June 24th, 2008 at 5:15 am
Assalamualaikum……
(sekadar renungan bersama)
Ade ke patut Jual nama YB Dato’Seri Azalina Dato’Othman Said pada seorang wanita yang kononnya besar sangat jawatan yang disandang,sampaikan sanggup mengucapkan “i don’t care” ketika PuteriHot menyebut nama YB. Dato’…..
berlagak sungguh… tak sadar ke YB.Dato’ tu MENTERI PERLANCONGAN MALAYSIA…..mungkin jugak YB. Dato’ adalah BOSS dia,tapi PuteriHot tak pastilah… yang pasti wanita tu ada kaitan dengan Perlancongan..
mungkin………
Geram sungguh PuteriHot….. bukan pe, harap sangat agar wanita tu jangan terlalu meninggi diri…kita sama-sama melayu dan sejenis pun nak tunjuk lagak macam menteri…PuteriHot cuma bertanya sebagai wakil je mase tu…….. tak sangke pulak kene macam tu…so kesimpulanya, kita sebagai warga Malaysia perlu saling hormat menghormati tidak mengira pangkat mahupun darjat………….terutamanya bagi pihak yang tertentu…..
Bak pepatah melayu “”SIAPA YANG MAKAN CILI, DIA YANG RASE PEDASNYA”"……………… sekian……….terima kasih…….
Wassalam…….