Majlis Perjumpaan Komuniti, Parlimen Pengerang

13 Jun - Satu majlis perjumpaan komuniti penduduk Papan Timur telah diadakan di Wisma Papan Timur bagi menerangkan hala-tuju yang akan di bawa oleh YB Datuk Seri Azalina Othman Said selaku Menteri Pelancongan yang baru.

 

Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu, bertujuan untuk membincangkan peluang-peluang yang ada untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung di dalam sektor pelancongan.

Kira-kira 100 orang kepimpinan kampung dan penduduk setempat telah hadir pada majlis tersebut. YB Hamimah, ADUN Penawar turut hadir pada majlis yang diadakan itu.

Di dalam ucapannya, YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang, merangkap Menteri Pelancongan menegaskan peri pentingnya sektor pelancongan dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

Beliau turut menegaskan produk-produk kampung adalah merupakan produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi sekiranya di ketengahkan. Memandangkan Desaru adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan di dalam negara, penduduk kampung adalah disarankan untuk mengunakan peluang ini bagi memasarkan produk keluaran mereka.

Di kesempatan itu, penduduk kampung turut bertanyakan beberapa soalan sebelum majlis perjumpaan pada malam itu di tamatkan. Di penghujung aturcara, penduduk disajika dengan sedikit jamuan ringkas sebelum semua beredar pulang sekitar jam 10.00 malam.

 

Untuk gambar sekitar aturcara - Sila Klik

 

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

2 Responses to “Majlis Perjumpaan Komuniti, Parlimen Pengerang”

  1. comment  wanita prihatin Says:

    Assalamualaikum..

    Saya sebagai wanita prihatin ingin mengucapkan tahniah kepada YB Dato’Seri atas keprihatinan YB’Dato Seri terhadap rakyat di kawasan parlimen. Saya amat berbangga mempunyai wakil rakyat seperti YB Dato’ Seri yang mengambil berat, bertanggungjawab dan kecekalan yang ada pada Dato’Seri terhadap rakyat di kawasan ini. Tahniah sekali lagi YB Dato’Seri !! Wassalam..

  2. comment  Kaktus Biru Says:

    Assalamualaikum…

    Pulau pandan jauh ke tengah
    Gunung daik bercabang Tiga
    Hancur badan dikandung tanah
    budi yang baik dikenang jua

    Pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    Hutang emas boleh dibayar
    Hutang budi dibawa mati

    Jutaan Terima Kasih kepada Y.B DATO’SERI AZALINA BT. DATO’ OTHMAN SAID

Leave a Reply