Konvoi ‘Colours of Malaysia’ Singgah di Pengerang

Persembahan Kuda Kepang mewarnai Majlis Pelanacaran

8 Jun - Penduduk kampung daerah Kota Tinggi amat bertuah, apabila buat julung kalinya konvoi ‘Colors of Malaysia’ berhenti singgah di kawasan parlimen Pengerang. Majlis yang di anjurkan oleh Kelab Sukan Malam itu berjaya menarik kira-kira 1000 orang pengunjung.

Bertempat di Pusat Kegiatan Rakan Muda, Felda Air Tawar 5 pelbagai program telah berjaya diadakan seawal jam 8.00 pagi. Pengunjung yang hadir telah di hiburkan dengan ‘Senaman Poco Poco, Pertandingan Mewarna, Karaoke, Dam Haji dan sebagainya.

Semua aktiviti yang diadakan adalah berkisar kepada permainan rakyat dan budaya masyarakat setempat. Ia bertujuan untuk mempromosikan seni dan keunikkan yang ada di dalam negara ini terutamanya kepada pengunjung luar.

Pasukan konvoi juga telah menjelajah ke setiap tempat yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar kawasan Penegrang. Para pelancong yang ada telah di dedahkan dengan makanan, tarian, sukan yang bercirikan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai risalah telah di edarkan kepada penguna jalan raya yang melalui lebuhraya Desaru - Kota Tinggi. Kerjasama yang di berikan oleh anggota polis traffik dan RELA telah menjadikan aturcara pada hari itu berjalan dengan lancar.

Pada sebelah malam ADUN Penawar, YB Hamimah telah hadir untuk memberikan ‘flag off’ kepada pasukan konvoi yang akan bergerak ke destinasi seterusnya di Kuatan, Pahang.

Di akhir program, pengunjung turut dihiburkan dengan konsert oleh kumpulan Indie ‘Meet Uncle Huseein’. Program yang diadakan ini di lihat berjaya menepati objektif bagi mempromosikan seni budaya masyarakat Malaysia.

Gambar sekitar aturcara - Sila Klik

 

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

One Response to “Konvoi ‘Colours of Malaysia’ Singgah di Pengerang”

  1. comment  mazriah binti talib Says:

    pada pendapat saya banyakkan lagi program-program pelancongan ke kwasan perkampungan yang ada di negeri johor

Leave a Reply