Keprihatinan Azalina Tiada Sempadan
13 Jun - Bertempat di Balairaya Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS), Kg. Punggai YB Datuk Seri Azalina Othman Said selaku wakil rakyat kawasan Pengerang telah bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang melanda di antara penduduk kampung dan pengusaha bas Maraliner.
Masalah bermula, apabila bas kepunyaan Maraliner mengalami kerosakkan dan terpaksa di berhentikan di tepi jalan di Kampung Baru menghala ke Sunggai Rengit. Secara kebetulan 2 buah motosikal yang lalu di kawasan itu dengan secara tidak sengaja telah melanggar bas tersebut.
Ekoran dari itu telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang merasakan ia adalah merupakan kecuaian yang di lakukan oleh pemandu bas tersebut. Penduduk kampung yang gagal mengawal perasaan telah bertindak memecahkan cermin tingkap bas tersebut. Kepantasan pihak polis yang tiba di tempat kejadian telah berjaya mengelakkan perkara yang lebih buruk dari terjadi.
Rentetan dari itu, khabar angin mula tersebar yang mengatakan pihak Maraliner enggan meneruskan perkhidmatan di kawasan tersebut. Hasil dari makluman yang di berikan, YB Datuk Seri Azalina selaku wakil rakyat telah bergegas pulang dari Kuala Lumpur ke kawasan Pengerang.
Ini kerana perkara ini perlu di selesaikan dengan kadar segera. Sekiranya benar pihak Maraliner enggan meneruskan perkhidmatan bas di kawasan tersebut masalah ini bakal membebankan kanak-kanak yang masih bersekolah. Mereka yang masih bersekolah akan mengalami kesukaran untuk ke sekolah.
Atas faktor kepentingan pendidikan untuk anak bangsa Azalina telah bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kemelut ini. Seramai 20 orang wakil dari kampung-kampung yang terlibat dan pihak Maraliner telah hadir di dalam seisi perjumpaan tersebut.
Hasil dari perjumpaan yang di lakukan dengan En Dzulkifle Deraman, Pengurus Maraliner Bandar Penawar, pihak Maraliner bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan di kawasan kampung tersebut dengan mengunakan bas simpanan sementara bas yang mengalami kerosakkan itu di baikpulih.
Beberapa orang wakil dari kampung yang terlibat, mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Azalina kerana berjaya menyelesaikan masalah yang melanda ini. Kepantasan dan keprihatinan yang di tunjukkan benar-benar menyetuh hati dan perasaan mereka.
Setelah mencapai persetujuan dan kata sepakat, perjumpaan yang diadakan itu berakhir kira-kira jam 4.00 petang.



































