Kelas Tajwid dan Mengaji Al-Quran

          

Adalah ini di maklumkan, Pejabat Parlimen Pengerang akan menganjurkan kelas mengaji Al-Quran dan Tajwid yang akan bermula pada 30 June 2008. Program ini bertujuan untuk membolehkan penduduk di kawasan Pengerang menjadi insan yang celik Al-Quran.

Kepesatan pembangunan yang melanda negara tika ini, tidak membawa sebarang erti sekiranya masyarakat Islam tidak celik Al-Quran. Ahli Parlimen kawasan Pengerang YB Datuk Seri Azalina Othman Said amat menitik beratkan keseimbangan pendidikan sama ada untuk duniawi dan juga ukhrawi.

Program yang di laksanakan ini juga bagi membolehkan golongan yang kurang berkemampuan mendapat pendedahan yang secukupnya di dalam penguasaan Al-Quran.

Tenaga pelajar yang terlatih dan di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam Johor akan di panggil untuk mengajar para peserta.

Program yang di adakan ini, terbuka kepada semua golongan masyarakat yang berminat dan tiada sebarang harga dan yuran yang dikenakan.

Bertempat di pejabat Parlimen Pengerang, Felda Air Tawar 5, kelas akan bermula pada jam 5.00 petang hingga 6.30 petang pada setiap hari Isnin dan Rabu.

Semoga usaha murni ini, akan di manfaatkan oleh mereka yang dahagakan penguasaan ilmu Al-Quran.

Hadis Jundab bin Abdullah Al-Bajali r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah Al-Quran selama mana hati kamu tetap padanya. Apabila kamu berselisih pendapat maka tegakkanlah kebenaran.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply