Isu Minyak - Penduduk Kampung Mendapat Penjelasan

7 Jun - Bertempat di Wisma Sening, Gugusan Adela satu perjumpaan dengan kepimpinan kampung telah diadakan bagi menerangkan isu-isu semasa dan menjelaskan perihal isu kenaikan harga minyak.

Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah di hadiri kira-kira 300 orang dari setiap kampung di dalam kawasan Parlimen Pengerang.

Ia diadakan bertujuan untuk menjawab persoalan yang melanda golongan marhaen serta memberikan penerangan secara terus, kewajaran kerajaan menaikkan harga minyak.

Ia penting bagi mengelakkan salah faham di kalangan penduduk kampung, dan menghalang pihak pembangkang mengunakan isu ini untuk menagih sokongan rakyat. Program yang berlangsung selama 3 jam itu turut di hadiri oleh ketua-ketua cawangan UMNO dan Jawatankuasa Kampung.

YB Datuk Seri Azalina Othman Said selaku wakil rakyat kawasan Pengerang telah hadir untuk memberikan penerangan kepada kepimpinan kampung tersebut. Di dalam ucapan beliau, Azalina mengharapkan agar rakyat tidak melenting dan terus menyalahkan kerajaan di atas isu ini.

Ini kerana, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Pak Lah tidak pernah berniat untuk membebankan rakyat dan menjadikan golongan marhaen sebagai mangsa. Kenaikan harga minyak ini adalah disebabkan harga minyak di pasaran global telah naik dengan begitu tinggi. Walaupun begitu rakyat seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana masih lagi memberikan subsidi.

Sebelum mengakhiri program pada petang itu, Azalina turut berkesempatan menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. Rata-rata mereka yang menghadiri program tersebut, nyata berpuas hati dengan penerangan dan jawapan yang diberikan oleh wakil rakyat itu.

Adalah menjadi harapan mereka program seumpama ini dapat di terus dari masa ke semasa bagi membolehkan rakyat memahami setiap isu yang di bangkit.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

2 Responses to “Isu Minyak - Penduduk Kampung Mendapat Penjelasan”

  1. comment  warga kota Says:

    Assalamualaikum..

    Y.B Dato’Seri Azalina menggalas tanggungjawab besar memperjuangkan
    nasib anak bangsa dan penduduk Parlimen Pengerang, yang pasti Parlimen Pengerang ini mempunyai seorang wakil yang disegani kerana kelantangan YB Dato’Seri Azalina menyuarakan hak rakyat serta ketokohan, visi dan wawasannya yang jelas bagi memajukan kawasan ini.

  2. comment  wakil penduduk kg Says:

    Assalamualaikum

    Penduduk kampung mengucapkan terima kasih dengan kehadiran pemimpin Y.B Dato’Seri Azalina yang turun padang untuk beramah mesra. Malah penduduk kampung juga berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memupuk silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

    sekian…wasssalam

Leave a Reply