Azalina Yang Tidak Mengenal Erti Penat

7 Jun - Ahli Parlimen kawasan Pengerang, sewajarnya di beri gelaran sebagai ‘Wanita Besi’ kerana tidak pernah mengenal erti penat dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat dan Menteri Pelancongan.

Seawal pagi beliau telah bertolak dari Kuala Lumpur untuk ke Pengerang bagi melawat kawasan walaupun cuaca pada hari itu hujan dengan lebatnya. Beliau yang pada awalnya di jadualkan tiba pada jam 11.00 pagi terlewat ekoran dari jadual feri yang terpaksa di tunda seketika kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Setelah cuaca beransur reda, beliau tiba di jeti, Tanjung Belungkor bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan melawat kawasan di sekitar Pengerang.

Pada sebelah malamnya, tanpa sebarang rehat Azalina selaku Menteri Pelancongan telah hadir di Danga Bay, Johor Bahru untuk bersama-sama Menteri Besar Johor bagi merasmikan Majlis Pelancaran ‘Colors of Malaysia’ peringkat negeri Johor.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu, kelihatan meriah dengan kehadiran warga sekitar Johor Bahru dan pelancongan asing. Di anggarkan kira-kira 2000 orang pengungjung telah hadir bagi menyaksikan majlis pada malam tersebut.

Pengunjung pada malam itu telah disajikan dengan perarakkan dan persembahan budaya serta tarian masyarakat berbilang kaum di Johor.

Walaupun majlis pada malam itu, tamat agak lewat kira-kira jam 12.30 malam, YB Datuk Seri Azalina Othman Said tetap mengiringi YAB Menteri Besar Johor sehingga ke akhir majlis.

Walaupun jadual kerjanya bermula di awal pagi dan berakhir di awal pagi juga, Azalina tetap tersenyum di dalam setiap majlis yang di hadirinya. Penat dan letih tidak seolah-olah tidak pernah hadir di dalam kamus hidupnya.

Apa yang penting baginya, tanggungjawab dan amanah yang diberikan wajib di laksanakan dan diberi keutamaan.

 

Gambar sekitar aturcara program - Sila klik

 

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply