Azalina Mesra Rakyat

7 Jun - Ahli Parlimen kawasan Pengerang, YB Datuk Seri Azalina Othman Said sempat meluangkan sedikit masa untuk menghadiri 2 majlis perkahwinan penduduk kampung di dalam kawasan beliau.
Jadual kerja yang amat padat, tetap tidak menghalang beliau untuk melawat kawasan dan beramah mesra dengan orang ramai. Walaupun cuaca pada hari itu hujan renyai-renyai, beliau tetap bertegas untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Bertempat di dalam Gugusan Adela, majlis pada hari itu kelihatan bertambah meriah dengan kehadiran Azalina.
Tuan rumah ketika di temui nyata terkejut dan gembira dengan kunjungan tersebut, kerana tidak menyangka sama sekali seorang wakil rakyat bertaraf menteri sanggup menghadiri majlis beliau yang tidak seberapa itu.
Beliau juga amat berterima kasih di atas kesudian YB Datuk Seri Azlina untuk hadir di majlis perkahwinan anak beliau ini. Ia merupakan satu detik yang amat bermakna buat beliau dan keluarga terutama sekali kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga itu.
Di majlis tersebut Azalina sempat menepung tawar kedua mempelai dan bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Tuan rumah juga sempat mendendangkan 2 buah lagu khusus kepada Menteri Pelancongan itu sebagai tan
da terima kasih.
Beberapa orang yang di temui mengatakan, mereka amat berterima kasih kepada pucuk pimpinan terutamanya kepada Pak La
h selaku Perdana Menteri kerana memberikan seorang wakil rakyat yang mesra rakyat. Mereka turut menegaskan seandainya semua wakil rakyat Barisan Nasional mencontohi pendekatan Azalina adalah mustahil untuk pembangkang menumbangkan kerajaan yang sedia ada.






































