TINTEC 2008 MENDAPAT SAMBUTAN

18 May - Bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Adela satu majlis perasmian telah diadakan untuk ‘Program Titian Ilmu Anak Teknologi Pengerang’.

Program pada hari itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Azalina Dato Othman Said, Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen kawasan Pengerang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor UTM, Ybhg. Dato Prof Ir. Dr. Hj. Alias bin. Mohd Noor.

Di anggarkan kira-kira 300 orang pelajar dan penduduk kampung telah hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan majlis perasmian tersebut. Program yang di namakan sebagai ‘TINTEC 2008′ itu adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara pelajar UTM dan penduduk kampung.

Di samping itu program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama dan nilai-nilai murni di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.  Program ini antara lainnya bertujuan untuk menyiapkan jati diri mereka dalam menghadapi cabaran semasa yang semakin mencabar apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

YB Datuk Seri Azalina di dalam ucapannya mengesa agar setiap pihak yang mengambil bahagian di dalam program ini memberikan komitmen dan kerjasama supaya objektif dan matlamat program ini dapat di capai dengan jayanya.

Beliau juga turut melahirkan rasa bangganya terdapat peserta program yang telah mengambil bahagian.

“Saya merasa bangga dengan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia kerana sanggup berkorban masa cuti yang sepatutnya di gunakan untuk bersama keluarga tercinta bagi menyumbangkan bakti yang tidak ternilai ertinya kepada agama, bangsa dan negara” katanya.

Majlis perasmian pada hari itu telah berakhir sekitar jam 1.00 petang.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply