KHIDMAT BERGERAK MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN

1.jpg

12 May - Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di pesimpangan Sungai Mas,  Lebuhraya Kota Tinggi - Pengerang. Menurut saksi yang ditemui ditempat kejadian, mengatakan beliau melihat kereta yang di pandu mangsa agak tidak terkawal sebelum merempuh kebun kelapa di persimpangan jalan.  

2.jpg

Mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan, walaupun kenderaan yang dipandu beliau mengalami kerosakan yang agak teruk.

Mangsa yang dikenali sebagai Jamil Ibrahim berasal dari Felda Air Tawar 1 dan sedang menuju ke Felda Adela untuk berjumpa dengan tunangnya.

Mungkin kerana kepenatan telah menyebabkan beliau tertidur seketika ketika memandu dan telah mengakibatkan kenderaan yang dipandu beliau terbabas ke dalam kebun kelapa.

Khidmat Bergerak, Parlimen Pengerang yang secara kebetulan sedang dalam perjalanan ke Sungai Rengit untuk melawat kawasan telah berhenti untuk memberikan bantuan.

Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Mas untuk mendapatkan rawatan dengan mengunakan Van Khidmat Bergerak, Parlimen Pengerang.

Cik Maszilina Sardi yang ditemui ditempat kejadian mengatakan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, itu  tambahan pula beliau adalah merupakan kakitangan sukarelawan pejabat Parlimen.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply