Karnival GP Joran Berita Harian mantapkan pelancongan

DESARU: Karnival Grand Prix (GP) Joran yang diadakan sejak 1997, berjaya memantapkan industri pelancongan di lo kasi pertandingan, terutama di Johor.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata karnival itu bukan saja menarik ramai pemancing ke Johor malah menjadikan negeri itu sebagai destinasi utama sukan memancing di negara ini.

Beliau berkata, penganjuran karnival itu berjaya membantu meningkatkan ekonomi pelbagai pihak berkaitan seperti pengusaha chalet, pemilik bot serta pengusaha kedai makan.

1-054.jpg 1-055.jpg 

                          1-056.jpg

“Bermula dengan Air Papan di Mersing, kemudian di pantai Minyak Beku di Batu Pahat, pantai Sekakap di Mersing dan sejak beberapa tahun lalu, Desaru menjadi lokasi Karnival GP Joran, ternyata acara ini berjaya membantu industri pelancongan khususnya di Johor.

“Perairan Johor diakui memiliki pelbagai spesies ikan bermutu tinggi yang memang menjadi bu ruan pemancing dan dengan potensi yang ada, saya mahu promosi lebih agresif diadakan sama ada oleh Kementerian Pelancongan mahupun oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pusingan Pertama Karnival GP Joran 2008 di Desaru Resort, di sini, Ahad lalu. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor, Hoo Seoang Chang.

Azalina turut memberi jaminan, Johor akan terus menjadi lokasi tetap Karnival GP Joran pada masa depan berdasarkan kejayaan pe nganjuran yang kini sudah 11 kali di negeri itu.

Sementara itu, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor (MTPNJ), Abd Jabar Mohd Tahir, menyokong saranan Azalina menjadikan aktiviti memancing sebagai acara utama untuk menarik pelancong ke Johor berikutan Johor kaya dengan pelbagai hidupan marin.

Johor yang mempunyai pelbagai produk yang boleh ditawarkan kepada pelancong dalam dan luar negara seperti pantai, pulau, sungai dan hutan hujan tropika yang belum diteroka.

Johor yang mempunyai dua laluan laut utama iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah aset penting yang boleh menjadi daya tarikan untuk industri memancing yang kini sedang pesat dibangunkan.

Sementara itu pada pusingan pertama Karnival GP Joran 2008 yang diadakan di sini, Mohd Razali Bakri dari Selangor yang mendaratkan ikan aruan tasik seberat 28 kilogram berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan hadiah iringan.

Beliau juga mencatat sejarah pemancing pertama dalam siri GP Joran yang pertama membawa pulang hadiah wang tunai sebesar itu. Sebelum ini hadiah juara kategori laut adalah RM10,000.

Manakala Che Zul Deraman dari Terengganu yang menaikkan pari seberat 7.5 kilogram pula berjaya membawa pulang RM10,000 apabila muncul sebagai juara kategori pantai pada karnival berkenaan.

 

(Dipetik dari Berita Harian)

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply