May
May
May
18 May - Bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Adela satu majlis perasmian telah diadakan untuk ‘Program Titian Ilmu Anak Teknologi Pengerang’.
Program pada hari itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Azalina Dato Othman Said, Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen kawasan Pengerang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor UTM, Ybhg. Dato Prof Ir. Dr. Hj. Alias bin. Mohd Noor.
May
16 May - Kepimpinan kampung di daerah Parlimen Pengerang telah berpeluang untuk menghadiri Majlis Perasmian Zoom Malaysia di MTC. Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Abdullah Ahmad Badawi itu bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat yang telah di kenalpasti sebagai destinasi pelancongan negara.
May
May
Pengerang – 3 Mei 2008, Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Homestay serta merasmikan konvensyen Homestay di Dewan Felda Semenchu baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menerima penyerahan memorandom dari wakil Persatuan Homestay En Shariman dan sesi bergambar bersama wakil
May
DESARU: Karnival Grand Prix (GP) Joran yang diadakan sejak 1997, berjaya memantapkan industri pelancongan di lo kasi pertandingan, terutama di Johor.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata karnival itu bukan saja menarik ramai pemancing ke Johor malah menjadikan negeri itu sebagai destinasi utama sukan memancing di negara ini.
May
Pengerang bakal menjadi destinasi pelancongan yang popular dan mampu menarik puluhan ribu pelancong luar untuk berkunjung ke mukim yang pernah bernaung dibawah pentadbiran Kota Tinggi, Johor, itu.
Ini semua adalah berkat usaha kreatif Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman Said yang baru dinobatkan sebagai Menteri Pelancongan Malaysia, menghidu produk industri pelancongan yang dijangka berjaya menggamit minat pengunjung dari dalam dan luar Negara.
Ibarat ada sinar dihujung terowong kehadiran Datuk Azalina Othman Said, sememangnya memberikan impak positif kepada masa depan pelancongan khususnya dikawasan terbabit.
Apa yang pastinya, Pengerang mempunyai banyak produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan. Dari pantainya yang cantik sehinggalah peninggalan sejarah yang tiada tolak bandingnya. Semuanya boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan yang berdaya maju.
May
Pembersihan pantai Tg Balau.
Pengerang – 5hb April, Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Sri Azalina Othman Said telah merasmikan program Gotong Royong Membersihkan Pantai anjuran Kementerian Pelancongan dan KEJORA dengan kerjasama Pejabat Parlimen Pengerang.
Program yang berlansung di Tg Balau itu turut mendapat sokongan dan keprihatinan bersama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sebuah institusi pengajian tinggi dari Uitm Skudai dan masyarakat setempat.


Azalina dalam ucapan perasmiannya menyatakan program tersebut merupakan salah satu langkah untuk menarik pelancong luar Negara khususnya Negara jiran seperti
Written by









































