Program Bina Sahsiah Bersama Forum Perdana Ehwal Islam

ty-177.jpgFelda Adela, 26 Jan – Forum bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1429H yang mempertemukan tokoh-tokoh terkenal Forum Perdana Ehwal Islam berjaya menarik lebih 7 ribu orang penonton di Padang Sekolah Sekolah Menengah Adela. Forum yang bertajuk ‘Destinasi’ membariskan tiga ahli panel forum yang tidak asing lagi iaitu Pengarah KAGAT, Jamil Khir Baharom, Dekan Kuliah Ekonomi UIAM, Asyraf Wajdi Dasuki dan Penceramah Bebas, Siti Nor Bahyah Mahamood. 

Forum dipengerusikan oleh Rizal Ramli daripada Jabatan Mufti Selangor dan Nor Hafiza Saharudin atau Fifi yang bertindak sebagai perantara kepada penonton menerusi saluran RTM1. Sebelum forum bermula, para hadirin dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid terkenal tanahair iaitu Raihan.

Sejurus selepas itu adalah ketibaan Ahli Parlimen Pengerang yang juga Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said yang disambut hormat dan meriah oleh penduduk setempat yang menghadiri forum pada malam itu.

Dalam ucapan perasmian, Azalina memaklumkam kerajaan di bawah kepimpinan YAB. Dato’ Seri Abdullah serius membangunkan generasi muda sebagai pewaris bangsa dan Negara.

Ini dapat dilihat melalui peningkatan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM 5.46 bilion dalam RMK-9 berbanding RM 4.5 bilion dalam RMK-8 bagi pembangunan modal insan.

Tambah beliau lagi, generasi muda mestilah menjadi golongan yang bijaksana dalam menempuh segala cabaran dalam era globalisasi dan sentiasa bergerak maju seiring dengan perkembangan teknologi untuk manfaat masyarakat

Sesungguhnya peranan mereka dalam menyumbangkan idea, tenaga, kekuatan fizikal dan rohani amat besar dan penting dalam mencapai agenda pembangungan ummah.

Beliau percaya dengan adanya forum yang diadakan bersempena program bina sahsiah ini menjadi salah satu usaha murni dalam membina generasi belia yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Program Bina Sahsiah bersama Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang diadakan ini adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM1 dan Pejabat Parlimen Pengerang.

Forum yang berakhir pada jam 11.30 malam dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pengerang merangkap ADUN Tanjung Surat, Harun Abdullah, ADUN Penawar, Azam Rauzan, Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella AlHabshee dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

3 Responses to “Program Bina Sahsiah Bersama Forum Perdana Ehwal Islam”

  1. comment  jasman hj tasnari Says:

    assalamualaikum…….
    tahniah diatas kemenangan tanpa bertanding Dato’.
    Doa dari saya sekeluarga senuga dengan kemenangan ini akan lebih menguatkan semangat Y.B.Dato’ untuk berkerja keras memajukan kawasan dibawah jagaan Y.B.Dato’.

    Harapan saya juga semuga pengundi pengundi dapat memberikan kerjasama didalam apa saja bidang tugas,bersatu demi pati Barisan Nasional.

    Saya belia Belia Dan seluruh masyarakat disini juga memberikan sokongan kepada Y.B.dato’ semuga kemenangan ini juga akan berkekalan dimasa akan datang.

    Terima Kaseh.

    Jasman Hj Tasnari,
    s/usaha
    GDW Kg. Parit Puteri Menangis
    82200,benut.
    0197451171.
    (menantu Tn.Hj.Isa Sultan,Ketua Kampong Punggai)

  2. comment  ina Says:

    tahniah kpd yb dato’ sri atas kemenangan..
    minta dato’ pantau tingkah laku semua staff parlimen pengerang terutama staff yang pangkatnya lbh tinggi…tak rugi rasanya berbudi bahasa…walau siapa pun kita yang pntg jgn jadikan org awam sebagai mangsa keadaan..
    jgn sampai dato jth kerana pekerja sendiri…
    minta kerjasama untuk pastikan pengerang sntiasa maju akan datang

  3. comment  anak jati semenchu Says:

    tahniah Dato kerana menang tanpa bertanding…saya cuma nak tahu,kenapa lampu jalan masuk Felda Semenchu tak dibaiki lagi…saya rasa dah 3 tahun tak fungsi..apa cerita Dato..rasa macam menyesal pulak undi BN Puan Hamimah ari tu

Leave a Reply