Program Yok Kacau Dodol Rakan Muda Parlimen Pengerang
Felda Papan Timur, 06 Oktober 2007 – Program Yok Kacau Dodol Rakan Muda anjuran Jabatan belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Belia Sinar Baru Felda Papan Timur dan Persatuan-Persatuan Belia Parlimen Pengerang telah diadakan di perkarangan Bangunan JKKR Felda Papan Timur bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Program Yok Kacau Dodol merupakan program kemasyarakatan yang menjadi salah satu pengisian aktiviti dalam bulan Ramadhan.
Golongan belia terpilih akan bekerjamasa dengan AJK Masyarakat setempat untuk menyediakan dodol dan seterusnya diagihkan kepada masyarakat setempat.
Program ini merupakan satu kaedah yang terbaik dan perlu dihidupkan supaya dapat menarik minat masyarakat khasnya golongan belia untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.
Ini secara tidak langsung akan memupuk nilai-nilai positif, semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat.
Selain persatuan-persatuan belia dari kampung-kampung Parlimen Pengerang dan Kelab Rakan Muda Pengerang, turut sama menyertai program ini adalah sukarelawan daripada Parlimen Pengerang.
Sebanyak 23 kawah dodol telah disediakan dan dikacau secara bersama dengan pasukan masing-masing.
Lebih kurang jam 4.30 petang, dodol siap dimasak dan kemudian dibungkus serta diagih-agihkan kepada para penduduk kampung-kampung sekitar Pengerang.





































