January 8th, 2008 - Posted in Berita Pengerang, test
Felda Sening, 24 November 2007 – YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said merakamkan penghargaan dan terima kasih atas doa yang dipanjatkan agar beliau kekal memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pengerang.
Itulah kata-kata pertama yang dilafazkan oleh beliau ketika berucap kepada lebih kurang 100 orang hadirin bersempena Majlis Perjumpaan dan Penyerahan Sumbangan Sekolah-Sekolah Kawasan Parlimen Pengerang di Dewan Sening yang bermula jam 5.30 petang.
Beliau melahirkan rasa bangga kerana menjadi ahli parlimen yang pertama bagi kawasan Pengerang dan berterima kasih kepada warga Pengerang yang sentiasa memberi sokongan dan menerima secara terbuka terhadap program-program yang dianjurkan.
Beliau turut mengucapkan syabas dan melahirkan rasa kagum kepada guru-guru kerana sanggup berkorban untuk anak-anak luar bandar di kawasan Pengerang ini.
Azalina memaklumkan bantuan dan sumbangan yang diberikan bukan sahaja kepada sekolah kebangsaan dan menengah tetapi juga kepada sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan Cina.
Harapan beliau agar pemberian sumbangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan guru-guru dan ibubapa dalam usaha memartabatkan pendidikan kepada anak-anak.
Selepas ucapan adalah upacara penyampaian replika cek bernilai RM 3 ribu oleh Azalina kepada 23 sekolah kebangsaan, 7 sekolah menengah, 23 sekolah agama dan 5 sekolah jenis kebangsaan Cina melalui YDP PIBG dan YDP Badan Kebajikan sekolah masing-masing.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang, Razak Bedu, Ketua UMNO Cawangan Felda Sening, Sairi Radiban dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella AlHabshee.
March 20th, 2008 at 11:11 am
salam..just to wish hope yb dato’azalina akan menjadi wakil rakyat yg adil and dapat menjalankan tugas utuk penggal yg baru ini..tahniah atas perlantikan sbg ahli parlimen pengerang and menjadi menteri di kabinet sbg menteri pelancongan..good luck..