Felda Tunggal, 25 Jan – Majlis Simbolik Cabaran Eco Paintball telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pengerang yang juga Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said di Kompleks Komuniti Felda Tunggal kira-kira jam 4.30 petang.
Dalam ucapannya, beliau memberitahu paintball adalah sukan yang memerlukan stamina yang kuat dan ia tidak mudah seperti yang disangkakan. Read the rest of this entry »
Port Dickson, 19 Januari 2008 – Kursus Kepimpinan dan Pendedahan ICT Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah diadakan bermula dari 19 Januari 2008 hingga 21 Januari 2008 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM).
Kursus ini dihadiri oleh kira-kira 185 peserta yang terdiri daripada belia-belia dari kawasan Pengerang, kakitangan daripada Kementerian dan Pejabat Menteri Belia dan Sukan serta Pejabat Parlimen Pengerang. Read the rest of this entry »
Felda Papan Timur, 06 Oktober 2007 – Program Yok Kacau Dodol Rakan Muda anjuran Jabatan belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Belia Sinar Baru Felda Papan Timur dan Persatuan-Persatuan Belia Parlimen Pengerang telah diadakan di perkarangan Bangunan JKKR Felda Papan Timur bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.
Program Yok Kacau Dodol merupakan program kemasyarakatan yang menjadi salah satu pengisian aktiviti dalam bulan Ramadhan.
Golongan belia terpilih akan bekerjamasa dengan AJK Masyarakat setempat untuk menyediakan dodol dan seterusnya diagihkan kepada masyarakat setempat. Read the rest of this entry »
Kg. Pasir Gogok, Pengerang, 15 Julai 2007 – Seawal jam 9.30 pagi, kelong Pasir Gogok telah dikunjungi peserta-peserta Pertandingan Memancing Kemerdekaan anjuran Kelab Sukan Beliawanis Pengerang Bersama Pejabat Parlimen Pengerang.
Pertandingan ini dibuka kepada sukarelawan Parlimen Pengerang dan ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 38 orang yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak telah hadir bagi bagi memeriahkannya.
Selain daripada memancing, aktiviti bermain carom dan karaoke juga diadakan sebagai aktiviti sampingan menjadikan suasana di kelong lebih menghiburkan dan menyeronokkan. Read the rest of this entry »
BANDAR PENAWAR, 16 Jun - Perjumpaan antara wakil rakyat dan warga pendidik setempat amat penting bagi memantapkan lagi kecemerlangan anak bangsa di kawasan. Itulah yang diharapkan oleh YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang, apabila satu perjumpaan khas dianjurkan untuk beliau berjumpa bersama pendidik sekitar Parlimen Pengerang pada 16 Jun 2007 bertempat di SMKA Bandar Penawar.
Majlis yang turut dihadiri oleh Tn. Hj. Marsono Legino, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi dan Tn. hj. Ahmad Murad Mahidun, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi berserta 300 orang pendidik termasuk Pengerusi PIBG sekolah-sekolah itu telah memberi satu semangat baru kepada tenaga pengajar dan pemimpin sekolah untuk meningkatkan lagi mutu kecemerlangan sekolah masing-masing. Read the rest of this entry »
Dipetik dari: www.marhaen.cjb.net Felda Gugusan Adela, 29 Julai - Seramai 1300 orang dari seluruh pelusuk Parlimen Pengerang telah membanjiri perkarangan Masjid Jamek Felda Gugusan Adela untuk menyaksikan Forum Penghayatan Islam Hadhari Peringkat Parlimen Pengerang.
Forum yang bertajuk ‘ Insan Cemerlang, Umat Terbilang’ telah dibarisi oleh ahli panel terkenal seperti YB Sahibul Samahah Dato’ Mohd Tahrir Dato’ Kiyai Samsudin, Timbalan Mufti Negeri Johor, Brig. Jen. Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah KAGAT, Dr. Robiah Hamzah, Pakar Motivasi dan Ustaz Sharin Md Jamaludin bertindak sebagai Pengerusi Forum. Read the rest of this entry »
Bandar Penawar, 03 November 2007 – Lebih kurang 5 ribu orang mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said di Dewan Orang Ramai Bandar Penawar.
Kunjungan bertali arus rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat khususnya dari bahagian Pengerang ke rumah terbuka beliau seawal jam 9.30 pagi sehingga lewat jam 3.00 petang membuktikan sokongan padu mereka terhadap Azalina masih utuh. Read the rest of this entry »
Felda Air Tawar 5, 08 Oktober 2007 – Majlis berbuka puasa bersama sukarelawan anjuran Pejabat Parlimen Pengerang telah diadakan di perkarangan Pusat Kegiatan Rakan Muda, Felda Air Tawar 5 pada jam 6.30 petang.
Sesi berbuka puasa dimulakan dengan juadah ringan seperti kurma, bubur lambuk dan kuih muih diikuti dengan solat maghrib berjemaah.
Setelah itu, para hadirin disajikan dengan nasi beriani istimewa berlaukkan kambing masak kurma, ayam masak merah dan acar. Read the rest of this entry »
Felda Sening, 24 November 2007 – YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said merakamkan penghargaan dan terima kasih atas doa yang dipanjatkan agar beliau kekal memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pengerang.
Itulah kata-kata pertama yang dilafazkan oleh beliau ketika berucap kepada lebih kurang 100 orang hadirin bersempena Majlis Perjumpaan dan Penyerahan Sumbangan Sekolah-Sekolah Kawasan Parlimen Pengerang di Dewan Sening yang bermula jam 5.30 petang. Read the rest of this entry »