Dec
Jul
2 Jun, Kg Teluk Ramunia - Meskipun hidup dalam keadaan yang tidak begitu sempurna, nasib warga emas dan ibu tunggal telah mendapat perhatian dari YB Dato’ Sri Dr Azalina, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO bahagian Pengerang yang bersimpati dengan keadaan mereka.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itulah nasib warga emas di kawasan Kg Tradisional Teluk Ramunia, Pengerang.
Jul
30 Jun, Kota Tinggi - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup 30,140 karton rokok kretek bernilai RM3.2 juta dalam satu operasi khas malam kelmarin.
Timbalan Komander PGM Wilayah Dua, Supritendan Kalai Chelvan berkata, kesemua rokok kretek itu dirampas setelah pasukannya menahan sebuah bot di kedudukan empat batu nautika dari Pantai Tanjung Balau kira-kira pukul 7.30 petang.
Jul
28 Jun, Johor Bahru - Sebuah bot tunda yang berdaftar di Singapura ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki membawa 3,000 tan pasir sungai bernilai kira-kira RM20,000 di perairan Tanjung Surat, Kota Tinggi, kelmarin.
Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasir yang ditunda bot Cathay 15 itu cuba diseludup ke negara jiran.
Jun

20 Jun, Felda Semenchu - Atas usaha untuk melahirkan generasi proaktif yang mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan setempat, baru-baru ini anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Generasi Pewaris Belia Felda Adela berjaya mengondoli satu pertandingan sepak takraw tertutup Parlimen Pengerang.
Pertandingan yang diadakan itu adalah merupakan kerjasama dan Anjuran Pejabat Parlimen Pengerang YB. Dato’ Sri Dr Azalina Binti Dato’ Othman Said.
Jun

20 Jun, Air Tawar 5 - Bertempat di Pusat Rakan Muda satu Majlis Perasmian penutup dan penyampaian hadiah Klinik dan Pertandingan Graffiti Rakan Muda Daerah Kota Tinggi 2009 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr Azalina Dato Othman Said.
Ahli Parlimen Pengerang merangkap UMNO Bahagian itu berkata beliau mengalu-alukan para belia untuk mempunyai kemahiran yang tinggi disamping memupuk semanagat setiakawan dan saling bantu-membantu.
Jun

20 Jun, Kg Jawa - Ahli Parlimen Pengerang dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, telah membuat lawatan ramah mesra untuk memberikan bantuan fakir miskin di sekitar kawasan kampung itu bersama-sama dengan Ahli Kepimpinan UMNO dan Sukarelawan Parlimen Pengerang.
Ianya bukan kunjungan biasa tetapi turut menyumbangkan sumbangan dan mendengar masalah-masalah yang mereka hadapi. Nasib mereka mendapat perhatian dari Yb Dato’ Sri Dr Azalina.
Jun
19 Jun, Felda Kledang- Bertempat di Wisma Kledang satu Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Sumbangan bahan bacaan kepada Badan Kebajikan Masjid dan Surau di kawasan Parlimen Pengerang telah diadakan.
Ahli Parlimen Pengerang dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, YB Dato’ Sri Dr Azalina telah menyampaikan penyerahan sumbangan bahan bacaan tersebut bagi tujuan membudayakan amalan yang mulia serta bersyukur kepada ALLAH s.b.t.
Jun
19 Jun, Kota Tinggi - Demi untuk mengubah nasib keluarga, dua warga Indonesia sanggup menggadai nyawa memasuki negara ini dengan merentasi perairan Pengerang menaiki sebuah perahu layar papan ciptaan mereka sendiri.
Malangnya, usaha kedua-dua lelaki berkenaan, Raja Shah Riau, 24, dan Baharul Rozi, 18, nyata sia-sia apabila mereka dicekup oleh Polis Daerah Kota Tinggi pukul 10 pagi ini di Pengerang, di sini.
Jun
19 Jun, Johor Bahru - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad menyokong titah Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail yang tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga menghubungkan kawasan timur negeri ini dengan Changi di Singapura.
Justeru, beliau berharap semua pihak akur dengan titah Sultan Iskandar itu kerana pada masa ini tidak terdapat keperluan mendesak membina jambatan itu memandangkan isu kesesakan trafik di Tambak Johor yang masih belum selesai hingga sekarang.
Jun
19 Jun, Kuala Lumpur - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Changi, Singapura dan bahagian timur Johor, Malaysia tidak sesuai kerana ia akan mengganggu perjalanan kapal ke Pelabuhan Pasir Gudang.
Bekas Perdana Menteri menegaskan, beliau sejak awal lagi tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu sebaliknya memberitahu pembinaan jambatan bengkok atau lebih dikenali sebagai Jambatan Indah bagi menggantikan Tambak Johor adalah lebih sesuai.
Jun
18 Jun, Kota Samarahan - Kerajaan belum membuat keputusan berhubung pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan kerana, sebelum dilaksanakan, satu kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia memberi faedah atau tidak kepada kedua-dua negara.
Jun
18 Jun, Nusajaya - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini hari ini.
“Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga,” kata Tunku Ibrahim Ismail.
Jun
Selepas kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok pada April 2006, apa-apa isu yang menyentuh mengenai ‘jambatan’ akan menjadi perbincangan hangat banyak pihak.
Malaysia dan Singapura mempunyai interpretasi yang pelbagai dan berbeza dalam menanggapi isu pembatalan jambatan bengkok tersebut.
Bagaimanapun, baik di pihak Malaysia atau pun Singapura, masing-masing menyimpan harapan tinggi untuk menyaksikan bakal ada sebuah jambatan baru yang menghubungkan kedua-dua negara berkenaan.
Jun

14 Jun, Johor Bahru - Pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Singapura dengan kawasan timur Johor mampu menjadi pemangkin pertumbuhan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Dr Azalina Othman Said berkata, ini kerana kewujudan jambatan itu bukan sahaja mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura, malah mampu menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan Pantai Timur Semenanjung meliputi timur Johor seperti Kota Tinggi dan Mersing serta negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Jun
Johor Bahru - Johor akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam mengkaji cadangan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia-Singapura meliputi semua aspek termasuk lokasi, kos perbelanjaan dan kesan ekonomi.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata kerajaan perlukan kajian mendalam mengenai projek itu dan percaya Singapura juga akan melaksanakan kajian sama sebelum perbincangan peringkat menteri kedua-dua negara, diadakan pada peringkat lebih tinggi.
Written by 




































